Penat Ulang Suruh Benda Yang SamaSetiap Hari?

Gosok gigi. Kemas katil. Sidai tuala. Basuh pinggan sendiri. Solat. Baca buku.

Hari-hari Ibu kena ingatkan. Bila Ibu diam, semuanya terhenti. Little Amal membantu anak nampak sendiri apa yang perlu dibuat, tandakan apabila selesai dan kumpul progress menuju ganjaran yang Ibu tetapkan.

Kurangkan ulang suruh. Bantu anak belajar bertanggungjawab sedikit demi sedikit.

Pilih bulanan, 6 bulan atau tahunan
Founder Price bermula RM19 sebulan untuk semua anak. Harga dikunci selagi pelan aktif.

✓ Satu langganan untuk seluruh keluarga✓ Anak tak perlu telefon sendiri✓ Ibu kekal mengawal✓ Web app / PWA
Ibu dan anak menggunakan Little Amal di rumah

Ibu, kami faham

Bukan Ibu Tak Pandai Mengurus

Kadang-kadang terlalu banyak perkara yang perlu diingatkan dalam satu hari.

01

Arahan sama berulang

Bangun, mandi, gosok gigi, kemas barang, solat, simpan pinggan. Ibu akhirnya jadi “reminder hidup” dari pagi sampai malam.

02

Rutin jadi kelam-kabut

Apabila anak tak nampak apa yang perlu dibuat, semuanya bergantung kepada arahan Ibu. Bila Ibu sibuk, rutin mula terlepas.

03

Reward tak konsisten

Hari ini boleh main gadget, esok tak boleh. Kadang-kadang janji terlupa dan anak rasa reward diberi secara tidak adil.

04

Susah pantau ramai anak

Seorang dah siap, seorang belum buat, seorang lagi masih menunggu diperiksa. Semuanya mudah bercampur.

05

Ibu tak mahu asyik marah

Ibu cuma mahu anak belajar buat perkara kecil tanpa perlu menunggu sehingga suara Ibu naik.

Little Amal tidak mengambil alih tugas mendidik anak. Ia membantu menjadikan arahan, rutin dan reward lebih jelas untuk semua orang di rumah.

Satu sistem yang jelas

Pindahkan Arahan Daripada Kepala Ibu Ke Dalam Satu Sistem

Daripada menyebut perkara sama berkali-kali, Ibu masukkan rutin ke dalam Little Amal. Anak boleh melihat apa yang perlu dibuat, apa yang sudah selesai, Bintang Amal yang dikumpulkan, progress menuju ganjaran dan misi yang masih menunggu semakan.

Little Amal membantu anak melihat tanggungjawab mereka dengan lebih jelas — bukan sekadar menunggu arahan.
Paparan Little Amal pada telefon dalam suasana sebenar

Cara ia berfungsi

Mudah Untuk Ibu. Jelas Untuk Anak.

1

Ibu Tetapkan Misi

Pilih siapa, bila, berapa kali dan jumlah bintang — daripada kemas katil hingga siapkan worksheet.

2

Anak Lihat Misi

Anak login dengan nama dan PIN, kemudian nampak sendiri misi yang perlu dibuat sekarang.

3

Tekan “Dah Siap”

Anak tandakan misi dan hantar bukti gambar jika diperlukan.

4

Ibu Semak

Pilih auto approve, semak sendiri atau tolak jika belum dibuat dengan betul.

5

Progress Bertambah

Selepas disahkan, anak menerima Bintang Amal dan menghampiri ganjaran.

6

Ibu Approve Ganjaran

Reward hanya diberikan selepas syarat cukup dan Ibu meluluskannya.

Dashboard misi Little Amal pada telefon

Parent Dashboard

Semua Yang Ibu Perlu Pantau, Dalam Satu Tempat

Ibu boleh tambah beberapa anak, cipta misi harian, pilih jadual, tetapkan kekerapan, minta bukti gambar, semak progress dan urus ganjaran.

  • Misi untuk semua atau anak tertentu
  • Hari sekolah, hujung minggu atau sekali sahaja
  • Auto approve atau semakan Ibu
  • Reward request, Bintang Amal dan nilai tarbiah

Satu dashboard untuk semua anak. Bukan satu langganan bagi setiap anak.

Child Dashboard

Anak Nampak Apa Yang Perlu Dibuat Sekarang

Anak pilih nama, login menggunakan PIN, lihat misi, tekan “Dah Siap”, hantar gambar jika diminta dan lihat progress menuju reward.

Kerja rumah dan rutin tidak lagi terasa seperti arahan rawak yang muncul sepanjang hari.

Jangkaan yang jujur
Little Amal tidak menjanjikan anak terus berubah dalam sehari. Apabila rutin lebih jelas dan ibu bapa konsisten, anak lebih mudah memahami tanggungjawab mereka.
Koleksi sticker Little Amal pada telefon
Progress anak Little Amal pada telefon

Tablet Rumah

Anak Tak Perlu Ada Telefon Sendiri

Satu tablet lama, telefon Android yang tidak digunakan atau device di ruang keluarga boleh dijadikan Terminal Little Amal.

  1. Pilih nama sendiri
  2. Masukkan PIN
  3. Lihat misi
  4. Tekan “Dah Siap”

Satu device rumah. Semua anak boleh guna.

Misi fleksibel

Ikut Cara Keluarga Ibu, Bukan Sistem Yang Kaku

Tetapkan untuk semua anak, anak tertentu, mengikut umur atau jantina — setiap hari, hari sekolah, hujung minggu, sekali sahaja atau beberapa kali sehari.

☀️ Rutin Pagi

Lipat selimut, gosok gigi, kemas katil, siap beg sekolah.

🍽️ Selepas Makan

Bawa pinggan ke sinki, basuh pinggan, lap meja.

📚 Petang

Sidai tuala, baca buku, latihan sekolah, bantu adik.

🌙 Malam

Solat, mengaji, kemas mainan, sediakan pakaian sekolah.

Bahan pembelajaran

Dah Banyak Beli Bahan Belajar, Tapi Anak Guna Sekejap Saja?

Worksheet ada. Busy book ada. Educational game pun sudah beli. Kadang-kadang anak cuma perlukan rutin yang jelas, progress yang boleh dilihat dan sedikit dorongan untuk konsisten.

Masalahnya kadang-kadang bukan bahan tak cukup. Masalahnya tak ada sistem yang membantu anak menggunakannya secara konsisten.

Jadikan “2 muka surat Matematik”, “baca 10 minit”, “educational game 15 minit” atau “hafal satu doa” sebagai misi harian.

Little Amal bukan menggantikan bahan belajar. Ia membantu Ibu menghidupkannya sebagai rutin.

Gunakan Bahan Belajar Dengan Konsisten
Maskot Little Amal membaca dan belajar

Reward terkawal

Reward Yang Lebih Jelas Dan Terkawal

Ibu sendiri menentukan reward: masa gadget, aktiviti bersama, aiskrim, pilih menu atau hadiah kecil. Reward boleh dikunci jika bintang belum cukup, misi wajib belum selesai atau permintaan belum diluluskan.

Masa gadgetIbu tentukan tempoh
Aktiviti keluargaMasa bersama
Snek pilihanGanjaran kecil
Pilih menuMakan malam keluarga

Reward bukan rasuah dan bukan matlamat akhir. Ia alat untuk membina momentum; apabila rutin terbentuk, Ibu boleh mengurangkannya secara berperingkat.

Ibu tentukan reward. Ibu tentukan syarat. Ibu kekal mengawal.

Dashboard terkini Little Amal menunjukkan RM2 Poket Bintang Qaiem

Untuk anak lebih besar

Poket Bintang

Fungsi pilihan untuk mengajar usaha, simpanan dan membuat pilihan. Dalam paparan sebenar ini, Qaiem mempunyai 18 Bintang dan RM2.00 dalam Poket. Semua tetapan dan penggunaan masih dikawal ibu bapa.

Bukan dompet digital dan bukan wang automatik. Semuanya dikawal ibu bapa.

Paparan terkini Akibat Pilihan Little Amal dengan jalan baiki

Akibat yang membina

Bila Anak Silap

Melalui Akibat Pilihan, Ibu boleh merekod isu spontan seperti bertangguh, bergaduh atau tidak dengar cakap. App menolak sedikit bintang dan terus menunjukkan jalan untuk anak membaikinya.

Tujuannya bukan menghukum kasar, tetapi menunjukkan bahawa kesilapan masih boleh diperbaiki.

Maskot Little Amal membaca al-Quran

Adab • Amanah • Ibadah

Lebih Daripada Bintang Dan Reward

Little Amal membantu keluarga melatih adab, disiplin, tanggungjawab, amanah, kebersihan, ibadah, kasih sayang dan sabar melalui perkara kecil yang berulang.

Bintang Amal bukan ukuran pahala.
Pahala tidak boleh diukur oleh aplikasi. Bintang hanyalah alat latihan untuk melihat usaha dan progress.

Kemas katil membina disiplin. Basuh pinggan melatih tanggungjawab. Bantu adik menyemai kasih sayang. Minta maaf melatih adab.

Every Little Amal Matters.

Untuk seluruh kehidupan keluarga

Apa Yang Boleh Dimasukkan?

Rutin Diri

Mandi, gosok gigi, kemas katil, sidai tuala, tidur tepat waktu.

Rumah

Basuh pinggan, sapu lantai, kemas mainan, lipat pakaian.

Pembelajaran

Baca buku, worksheet, educational game, ulang kaji, hafalan.

Ibadah

Solat, mengaji, hafal doa, zikir ringkas, sedekah.

Adab & Keluarga

Bantu adik, minta izin, ucap terima kasih, minta maaf.

Apa sahaja perkara kecil yang Ibu mahu anak lakukan dengan lebih konsisten, ia boleh dijadikan misi.

Suara keluarga

Apa Kata Keluarga Yang Mencuba?

Testimoni pengguna percubaan yang telah disahkan akan dipaparkan di sini.

Kami tidak mereka-reka testimoni, rating atau jumlah pengguna.

Founder Launch

Pilih Pakej Little Amal Untuk Keluarga Anda

Semua pakej merangkumi akses keluarga dan semua anak. Pilih tempoh yang paling selesa untuk anda.

Founder Price

Bulanan

RM19/bulan

Fleksibel dan boleh dibatalkan bila-bila.

Jimat Tahunan

Tahunan

RM189/tahun

Nilai terbaik untuk penggunaan jangka panjang.

✓ Parent & Child Dashboard✓ Beberapa profil anak✓ Misi & Bintang Amal✓ Reward request & approval✓ Bukti gambar✓ Tablet Rumah / Terminal✓ Misi pembelajaran✓ Nilai tarbiah & Poket Bintang
Pilih Pakej Di Checkout

Add-on pilihan: Affiliate access RM15 sekali sahaja • Bayaran selamat melalui ToyyibPay

Mulakan dengan beberapa rutin kecil dahulu. Tak perlu masukkan semuanya pada hari pertama.

Nilai sebenar

Bermula RM19 Untuk Kurangkan Beban Yang Berulang Setiap Hari

Little Amal menyatukan rutin keluarga, tugasan anak, semakan ibu bapa, bintang, reward, bahan pembelajaran, progress, consequence, adab dan tarbiah.

WorksheetEducational gameReward chartJadual peti sejukNota telefon→ Satu sistem yang anak boleh lihat sendiri

Soalan lazim

Masih Ada Soalan?

Adakah sesuai untuk anak kecil?

Sesuai sekitar umur 4 tahun hingga awal remaja. Anak kecil mungkin masih perlukan bantuan membaca. Mulakan dengan misi ringkas dan visual.

Anak saya belum ada telefon. Boleh guna?

Boleh. Gunakan satu tablet, telefon lama atau device rumah sebagai Terminal Little Amal untuk dikongsi.

Kalau ramai anak, perlu bayar setiap seorang?

Tidak. Semua pakej adalah untuk satu keluarga dan beberapa profil anak.

Perlu download dari App Store?

Tidak. Little Amal ialah web app / PWA yang boleh dibuka melalui browser dan ditambah ke home screen pada device yang disokong.

Susah tak nak setup?

Tambah anak, pilih beberapa misi, tetapkan bintang dan tambah satu reward. Tak perlu setup semuanya serentak.

Takut anak hanya buat kerana reward?

Reward ialah alat latihan yang Ibu kawal. Apabila rutin stabil, ganjaran boleh diubah atau dikurangkan. Nilai di sebalik misi tetap menjadi fokus.

Adakah Bintang Amal dianggap pahala?

Tidak. Bintang Amal bukan ukuran pahala; ia hanya sistem motivasi keluarga. Pahala ialah urusan Allah.

Kalau anak tekan “Dah Siap” tetapi belum buat?

Tetapkan misi untuk semakan Ibu atau minta bukti gambar. Bintang diberikan selepas misi diluluskan.

Boleh auto approve dan buat misi beberapa kali sehari?

Boleh. Ibu boleh memilih auto approve untuk rutin mudah, semakan untuk misi penting, dan kekerapan mengikut keperluan keluarga.

Boleh guna untuk worksheet dan educational game?

Boleh. Jadikan membaca, busy book, worksheet, ulang kaji atau educational game sebagai misi harian.

Little Amal hanya untuk kerja rumah?

Tidak. Ia juga untuk rutin diri, pembelajaran, ibadah, adab, tanggungjawab dan aktiviti keluarga.

Bolehkah saya tentukan reward sendiri?

Boleh. Ibu tentukan nama, jumlah bintang, syarat dan sama ada mahu meluluskan atau menolak permintaan.

Apa itu Poket Bintang?

Fungsi pilihan untuk anak lebih besar. Ibu menetapkan nilai pertukaran dan meluluskan setiap permintaan. Ia bukan dompet digital.

Boleh tolak bintang apabila anak silap?

Boleh secara kecil dan membina. Ibu juga boleh beri misi baiki seperti minta maaf, kemas semula atau ulang tugas dengan betul.

Saya dan pasangan boleh pantau bersama?

Buat masa ini akses utama menggunakan akaun keluarga. Fungsi akses tambahan untuk pasangan akan dimaklumkan apabila tersedia.

Bagaimana gambar bukti digunakan?

Gambar bukti digunakan untuk membantu ibu bapa menyemak misi dalam akaun keluarga. Sila rujuk Polisi Privasi untuk cara penyimpanan dan pengendalian data.

Boleh berhenti langgan bila-bila?

Ya. Boleh batal tanpa kontrak jangka panjang. Akses berbayar tamat mengikut baki tempoh langganan semasa.

Ada free trial?

Buat masa ini tiada free trial terbuka. Pakej Founder bermula RM19 sebulan.

Adakah harga Founder ini kekal?

Harga Founder dikunci selagi pelan anda kekal aktif. Pilihan semasa ialah RM19/bulan, RM99/6 bulan atau RM189/tahun.

Ibu Tak Perlu Terus Menjadi Reminder Sepanjang Hari

Little Amal tidak menjanjikan rumah terus sempurna. Tetapi ia boleh membantu menjadikan rutin lebih jelas, reward lebih tersusun dan progress anak lebih mudah dilihat.

Pilih Pakej Little Amal

Satu langganan untuk semua anak • Bermula RM19 sebulan • Harga lock selagi aktif

Every Little Amal Matters.
Founder Price Dari RM19Pilih Pakej